Tambah Permohonan Tuntutan Bayaran Balik Baru dalam Aplikasi Mudah Alih untuk Berbilang Pembayaran
Pekerja boleh menghantar permohonan tututan bayaran balik melalui aplikasi mudah alih untuk kelulusan pengurus atau pentadbir mereka, di mana pekerja telah membayar untuk perbelanjaan terlebih dahulu dan ingin menuntut bayaran balik daripada syarikat.
Cara menghantar Permohonan Tuntutan Bayaran Balik melalui aplikasi ByteHR:
- Klik pada tab "Requests" (Permohonan).
- Pilih "Reimbursement" (Tuntutan Bayarn Balik).
- Klik butang bulat dengan tanda "+" di sudut kanan bawah untuk menambah permohonan Bayaran Balik.
-
Pilih "Multiple Payments" (Berbilang Pembayaran).

- Pilih "Reimbursement Name" (Nama Tuntutan Bayaran Balik).
- Pilih tarikh.
- Masukkan amaun yang anda ingin tuntut bayar balik.
- Pilih "Reason Type" (Jenis Alasan) dari senarai juntai bawah.
- Berikan "Reason" (Alasan) jika ada.
- Lampirkan dokumen sokongan. Terdapat dua pilihan: Kamera dan Fail.
- Kamera: Sistem akan menyambung ke kamera anda. Setelah anda mengambil gambar, pilih OK atau Gunakan Foto di sudut kanan bawah skrin mudah alih anda untuk memuat naik foto tersebut.
-
Fail: Pilih fail dari peranti mudah alih anda untuk dimuat naik sebagai lampiran kepada permohonan anda.
*Anda hanya boleh melampirkan satu fail dokumen sokongan, yang tidak boleh melebihi 7MB (fail imej tidak boleh melebihi 10MB) *

- Klik "Save" (Simpan) untuk menyimpan permohonan pertama.
- Mengklik "Save" (Simpan) akan membawa pengguna ke halaman "New Reimbursement Request Summary" (Ringkasan Butiran Permohonan Tuntutan Bayaran Balik Baru). Kemudian, klik butang "Add New" (Tambah Baru) untuk memohon beberapa permohonan sekali gus.
- Isi maklumat yang diperlukan mengikut langkah yang sama.
- Klik "Save" (Simpan).
-
Klik "Submit" (Hantar).

- Setelah permohonan berjaya dihantar, ia akan muncul pada halaman "Requests" (Permohonan) yang dikategorikan mengikut jenis permohonan, dengan status "Submitted" (Dihantar).



