Tambah Permohonan Kehadiran Baru dalam Aplikasi Mudah Alih untuk Syif Fleksibel

Pekerja boleh menghantar permohonan Kehadiran melalui aplikasi mudah alih mereka untuk kelulusan pengurus atau pentadbir dalam kes di mana "Edit Shift" (Edit Syif), "Swap Shift" (Tukar Syif), atau "Edit Sign In/Out" (Edit Masa Masuk/Keluar) diperlukan.

Cara menghantar Permohonan Kehadiran melalui Aplikasi Mudah Alih ByteHR

Terdapat tiga jenis Permohonan Kehadiran:

  • "Edit Shift" (Edit Syif)
  • "Swap Shift" (Tukar Syif)
  • "Edit Sign In/Out" (Edit Masa Masuk/Keluar)

Cara Menghantar Permohonan Edit Syif

Pekerja boleh menghantar permohonan untuk mengedit jadual syif mereka, seperti waktu mula dan tamat kerja, dan juga boleh menukar hari bekerja kepada hari cuti.

  1. Klik tab "Requests" (Permohonan).
  2. Pilih "Attendance" (Keahdiran).
  3. Klik butang bulat dengan tanda "+" di sudut kanan bawah untuk membuat permohonan.

  4. Pilih "Attendance Type" {Jenis Kehadiran) sebagai Edit Syif.

  5. Pilih tarikh yang anda ingin edit. Sistem akan memaparkan jumlah jam bekerja (termasuk rehat) di bawah medan ini.
  6. Pilih jumlah jam bekerja baru (termasuk rehat). 
  7. Jika anda ingin menukar jadual kerja hari itu kepada cuti mingguan, semak kotak "Day Off" (Cuti Mingguan).
  8. Klik "Next" (Seterusnya) untuk meneruskan.

  9. Berikan "Reason" (Alasan) dan "Attachment" lampirkan dokumen sokongan jika ada.

    ***Anda boleh melampirkan satu dokumen sokongan, maksimum saiz 7MB (fail imej maksimum 10MB).***

  10. Klik "Submit" (Hantar) untuk menghantar permohonan Edit Syif.

  11. Setelah permohonan berjaya dihantar, sistem akan memaparkan mesej pengesahan "Request Submitted" (Permintaan Dihantar) dan permohonan yang dihantar akan muncul pada halaman "Requests" (Permohonan) di bawah "Attendance" (Kehadiran) yang memaparkan jenis Permohonan Kehadiran, dengan status "Submitted" (Dihantar).


🚩 Peraturan : : Peraturan untuk menghantar Permohonan Edit Syif

  1. Anda tidak boleh menghantar Permohonan Edit Syif pada hari apabila permohona Edit Syif dan/atau Permohonan Tukar Syif telah dihantar dengan status "Submitted" (Dihantar), "Approved" (Diluluskan), "Accepted" (Diterima).
  2. Anda tidak boleh menghantar permohonan untuk mengedit jadual pada hari dengan jumlah jam kerja yang sama. 
  • Sebagai Contoh,

    Pada 28/09/2025, seorang pekerja telah bekerja selama 9 jam.  Pilih jumlah jam bekerja baru (termasuk rehat): 8 jam. 


Cara Menghantar Permohonan "Swap Shift" (Tukar Shift)

Pekerja boleh menghantar Permohonan pertukaran Syif untuk menukar waktu bekerja dengan rakan sekerja atau menukar hari cuti mingguan mereka. Sebagai contoh, bertukar dari cuti Sabtu dan Ahad ke cuti Ahad dan Isnin.

  1. Klik pada tab "Requests: (Permohonan).
  2. Pilih "Attendance" (Kehadiran).
  3. Klik butang bulat dengan tanda "+" di sudut kanan bawah untuk membuat permohonan.

  4. Pilih Jenis Kehadiran sebagai "Swap Shift" (Tukar Syif).

  5. Pilih "Swap With" (Tukar Dengan) untuk memilih pekerja yang anda ingin tukar jadual kerja, atau anda boleh memilih nama pekerja jika anda ingin menukar hari cuti mereka ke hari yang lain.
  6. Pilih tarikh yang anda inginkan untuk menukar jadual kerja. Setelah anda memilih tarikh, sistem akan memaparkan jumlah jam bekerja setiap hari (termasuk rehat) untuk hari tersebut di bawah medan ini.
  7. Pilih "Swap Date" (Tarikh Tukar) untuk rakan sekerja atau pekerja yang anda ingin tukar syif dengan mereka. Sistem akan memaparkan bilangan jam bekerja setiap hari (termasuk rehat) untuk hari tersebut di bawah medan ini.
  8. Klik "Next" (Seterusnya) untuk meneruskan.

  9. Berikan "Reason" (Alasan) dan *Attachment* lampirkan dokumen sokongan jika ada.

    ***Anda boleh melampirkan satu dokumen sokongan, maksimum bersaiz 7MB (fail imej maksimum 10MB).***

  10. Klik "Submit" (Hantar) untuk menghantar permohonan.

  11. Setelah permohonan berjaya dihantar, sistem akan memaparkan mesej "Request Submitted" (Permohonan Dihantar) dan permohonan Tukar Shift yang dihantar akan muncul pada halaman "Requests" (Permohonan) di bawah "Attendance" (Kehadiran) yang memaparkan jenis Permohonan Kehadiran, dengan status "Submitted" (Dihantar).

🚩 Peraturan: Peraturan untuk menghantar permohonan Tukar Shift.

1. Anda hanya boleh menukar jadual syif dengan pekerja dalam jadual syif yang sama, bukan dengan pekerja dalam jadual syif yang berbeza

2. Pekerja tidak boleh menukar cuti umum yang telah dibuat dari menu Kalendar.

3. Jika waktu bekerja pekerja pada hari mereka ingin bertukar syif adalah sama, seperti mempunyai waktu bekerja yang sama atau berada pada hari cuti yang sama, mereka tidak boleh bertukar syif.


Cara Menghantar Permohonan "Edit Sign In/Out" (Edit Daftar Masuk/Keluar)

Pekerja boleh mengemukakan permohonan untuk mengedit waktu masuk/keluar mereka bagi hari-hari yang mempunyai kejanggalan, seperti "Absent" (ketidakhadiran), "Invalid Data" (Data Tidak Sah), "Lateness" (Kelewatan), atau "Out Early Before Shift Ends" (Keluar Awal Sebelum Waktu Syif Berakhir).

  1. Klik tab "Requests" (Permohonan).
  2. Pilih "Attendance" (Kehadiran).
  3. Klik butang bulat dengan tanda "+" di sudut kanan bawah untuk membuat permohonan.

  4. Pilih "Attendance Type" (Jenis Kehadiran) sebagai "Edit Sign In/out" (Edit Daftar Masuk/Keluar).

  5. Pilih tarikh yang anda ingin edit untuk masa masuk/keluar. Ini mesti tarikh yang telah berlalu.
  6. Setelah tarikh dipilih, sistem akan memaparkan waktu mula dan tamat mengikut jadual syif pekerja dan menunjukkan sebarang status luar biasa untuk hari tersebut.
  7. Masukkan "New Sign In Time" (Waktu Daftar Masuk Baru) dan "New Sign Out Time" (Waktu Daftar Keluar Baru.
  8. Klik "Next" (Seterusnya) untuk meneruskan.

  9. Berikan "Reason" (Alasan) dan "Attachment"  lampirkan dokumen sokongan. .

    ****Anda boleh melampirkan satu dokumen sokongan, maksimum bersaiz 7MB (fail imej maksimum10MB).***

  10. Klik "Submit" (Hantar) untuk menghantar permohonan Edit Daftar Masuk/Keluar.

  11. Setelah permohonan berjaya dihantar, sistem akan memaparkan mesej pengesahan "Request Submitted" (Permohonan Dihantar) dan permohonan yang dihantar akan muncul di halaman "Requests" (Permohonan) di bawah "Attendance" (Kehadiran) yang memaparkan jenis Permohonan Kehadiran, dengan status "Submitted" (Dihantar).

🚩 Peraturan: Menghantar Permohonan Edit Daftar Masuk / Keluar

Pekerja tidak boleh memilih untuk meminta edit pada tarikh semasa atau tarikh akan datang.


Harga untuk ciri Edit Syif, Tukar Syif, dan Edit Daftar Masuk/Keluar akan bergantung pada bilangan pekerja dalam pakej anda dan akan diperoleh mengikut kitaran pengebilan anda.

Did this answer your question? Thanks for the feedback There was a problem submitting your feedback. Please try again later.