Daftar Masuk/Keluar pada Aplikasi Mudah Alih ByteHR

  1. Pada halaman Utama aplikasi mudah alih ByteHR, klik butang "Sign In/Out" (Daftar Masuk/Keluar) untuk merekodkan waktu bekerja anda.

    Nota: Jika butang ini tidak tersedia, pentadbir harus menyemak profil pekerja untuk melihat jika e-Checkin diaktifkan dan jika pekerja telah ditambahkan ke jadual syif.

  2. Jika Komen diaktifkan, pekerja mesti mengisi "Remarks" tambahan (Komen) dan kemudian klik "Proceed" (Teruskan).

  3. Sistem akan memaparkan "Sign In / Out Successful" (Daftar Masuk/Keluar)." Tekan "Ok."

  4. Pekerja boleh Mendaftar Masuk dan Mendaftar Keluar tanpa had bilangan kali setiap hari pada bila-bila masa, tetapi sistem mengehadkan setiap kemasukan masa kepada 5 minit. 
    1. Sebagai contoh, jika anda mendaftar masuk pada pukul 14:31, sistem akan memaparkan "Sign In/Out Successful" (Pendaftaran Masuk/Keluar berjaya).
    2. Jika anda mendaftar masuk lagi pada pukul 14:33, sistem akan memaparkan mesej yang mengatakan ""Please wait until 14:36 before you can Sign in/out again" (Sila tunggu sehingga 14:36 sebelum anda boleh mendaftar masuk/keluar lagi).

  5. Pekerja boleh melihat maklumat cap waktu mereka di halaman Kalendar. Jika mereka melihat mesej "Timesheet Processing" (Pemprosesan lembaran masa)  ini bermakna  sistem  sedang  memproses  data cap masa pekerja ke dalam halaman Lembaran Masa. Pemberitahuan ini mungkin muncul jika anda mendaftar masuk/keluar semasa waktu puncak, kira kira  antara  8:00 pagi  dan 9:00  pagi  serta antara 5:00 petang dan 6:00 petang.

Did this answer your question? Thanks for the feedback There was a problem submitting your feedback. Please try again later.